
BN menang dengan kemenangan lebih besar di Batang Ai. PKR nyata masih belum mendapat tempat di hati rakyat Sarawak. Ini menandakan kubu kuat BN masih lagi tidak dapat ditembusi secara berkesan oleh parti-parti Pakatan Rakyat.
Seorang rakyat Sarawak yang dikenali sebagai Abdul Fattah berkata, walaupun sekarang ini PKR dan DAP semakin mendapat tempat di hati rakyat Sarawak, tetapi pilihan raya kecil begini agak sukar untuk parti pembangkang memenanginya kerana seluruh jentera kerajaan tertumpu pada satu tempat, lebih-lebih lagi rakyat Sarawak di kawasan pendalaman seperti Batang Ai mungkin mudah percaya dengan janji-janji manis BN walaupun hakikatnya sesudah 50 tahun BN memerintah, hidup mereka masih di bawah paras kemiskinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan