Rabu, 8 April 2009

Kenapa khairy terlepas, ali kena?

Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan fakta dari seorang ahli umno di mana suami sumber ini adalah bekas ajk umno bahagian masjid tanah. Samada benar atau tidak fakta ini, wallahhualam.
Khairy yang berdepan dengan tindakan lembaga disiplin umno kerana didapati terlibat dengan politik wang bernasib baik kerana apabila ditanya dari mana datangnya wang yang digunakan untuk melobi para perwakilan, khairy mengatakan wang tersebut bukan wang beliau tetapi wang dari umno bahagian yang lain, bererti umno bahagian tersebut mengambil inisiatif sendiri untuk melobi khairy tanpa disuruh. Ianya dikuatkan lagi dengan pengakuan seorang perwakilan dari sabah yang mengatakan wang yang digunakan untuk melobi adalah wangnya sendiri, dan bukan datang dari khairy. Maka oleh kerana itu khairy terlepas dari tindakan tidak boleh bertanding dan hanya diberikan amaran.
Berbeza pula kesnya dengan ali rustam, kerana apabila ditanya dari mana datangnya wang untuk melobi, ali menjawab dari bahagian. Jika dari bahagian bukit katil, ertinya wang tersebut adalah wangnya sendiri. Oleh itu ali dikenakan tindakan tidak boleh bertanding sebagai timb. presiden umno dan 4 orang umno bukit katil (orang ali) juga dikenakan tindakan.
Jika fakta ini benar, maka dapatlah kita lihat bahawa ali tersangat tidak cerdik dalam politik umno. Dibanding dengan khairi yang belajar di oxford, dilihat cerdik melepaskan dirinya. Inilah perbezaan antara pemimpin umno yang berpelajaran dan yang tak berpelajaran.
Apa pun, ternyata kedua-duanya adalah tergolong dalam golongan munafik, dan tak ada harga diri. Mungkinkah orang yang berakhlak seperti ini boleh membela melayu???

Selasa, 7 April 2009

Gelagat Yang Menggelikan


Siapakah suami kepada wanita-wanita ini?????

Exco Baru YB Manikumar?


YB Manikumar kemungkinan akan dipilih menjawat jawatan Exco kerajaan Negeri memandangkan beliau berjaya memenangi kerusi dun Bukit Selambau.
Ianya pernah diungkapkan oleh MB Kedah Dato seri Hj Ust. Azizan Abdul Razak bahawa calon PR yang berjaya memenangi dun Bukit Selambau akan dilantik menjawat jawatan exco menggantikan Arumugam yang meletak jawatan.

PKR Menang di Bukit selambau


PKR berjaya memenangi kerusi dun Bukit Selambau. Keputusan rasmi diumumkan agak lewat kira-kira jam 10.45 malam memandangkan banyak peti-peti undi yang lewat tiba.
Walaubagaimanapun majoriti PKR merosot sedikit memandangkan ramai calon-calon bebas bekas ahli PKR berjaya memecahkan undi. Apapun ianya dilihat tidak berbaloi kerana PKR tetap menang dengan majoriti yang selesa, iaitu peratus majoriti sekitar 9%. Sekiranya majoriti yang diperolehi kurang daripada 4%, kiraan semula dibenarkan jika terdapat permintaan.
Ini menunjukkan kehadiran ramai calon bebas gagal sama sekali untuk mengekang kemaraan PR, dan tindakan beberapa pemimpin PKR yang membuat kacau kononnya PKR bermasalah, tidak mendatangkan hasil. Ianya dibuktikan apabila calon bebas daripada PKR Merbok iaitu Mohd Radhi Mat Lazim hanya mendapat 25 undi.

Nizar Pilihan Rakyat


Pemimpin yang berjiwa rakyat dan disenangi oleh mereka yang bukan Islam sepatutnya menjadi teladan kepada semua.

PAS MENANG MAJORITI LEBIH BESAR DI BUKIT GANTANG


Keputusan pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang akhirnya sekali lagi memihak kepada PAS dengan kemenangan lebih besar yang diperolehi menerusi calon Dato Seri Hj Ir Nizar Jamaluddin. Ini bererti terdapat pertambahan sokongan dari pengundi di Bukit Gantang kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus menempelek Dato Seri Najib Altantuya bin Tun Razak selaku pengerusi Umno Perak yang baru.
Ini satu amaran yang jelas bahawa pada pilihanraya akan datang Pakatan Rakyat mampu memenangi dengan lebih bergaya dan membentuk kerajaan baru sekiranya Umno/BN tetap tidak berubah. 'Nampaknya tidak ada tanda-tanda Umno/BN akan berubah memandangkan pemimpin Umno di peringkat tertinggi masih lagi dibarisi mereka-mereka yang korup dan tidak ada harga diri', kata seorang penduduk di Bukit Gantang.

BN Menang Majoriti Lebih Besar Di Batang Ai


BN menang dengan kemenangan lebih besar di Batang Ai. PKR nyata masih belum mendapat tempat di hati rakyat Sarawak. Ini menandakan kubu kuat BN masih lagi tidak dapat ditembusi secara berkesan oleh parti-parti Pakatan Rakyat.
Seorang rakyat Sarawak yang dikenali sebagai Abdul Fattah berkata, walaupun sekarang ini PKR dan DAP semakin mendapat tempat di hati rakyat Sarawak, tetapi pilihan raya kecil begini agak sukar untuk parti pembangkang memenanginya kerana seluruh jentera kerajaan tertumpu pada satu tempat, lebih-lebih lagi rakyat Sarawak di kawasan pendalaman seperti Batang Ai mungkin mudah percaya dengan janji-janji manis BN walaupun hakikatnya sesudah 50 tahun BN memerintah, hidup mereka masih di bawah paras kemiskinan.

PKR Harus Tapis Calon, Tarbiyah Ahli

Parti Keadilan Rakyat (PKR) harus mengambil tindakan menapis calon yang bertanding dalam pilihanraya. Apa yang kita lihat sekarang ramai ahli-ahli dan pemimpin PKR yang tidak mempunyai pendirian yang kukuh bertindak mengkhianati parti. Kesannya turut dirasa oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat apabila berlaku peristiwa lompat parti di Perak.
Ini memperlihatkan ramai pemimpin PKR yang berasal daripada Umno/BN masih terbawa-bawa sikap materialistik dan duniawi ke dalam parti. Lihat saja Lokman Nor Adam yang juga bekas ahli majlis tertinggi Keadilan yang meninggalkan parti itu dan baru-baru ini terpilih sebagai exco pemuda Umno yang baru. Ezam Md Nor yang pernah ditahan di dalam ISA kerana memperjuangkan kebenaran akhirnya turut memasuki Umno.
Dato Seri Anwar Ibrahim perlu memandang serius perkara ini memandangkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

Isnin, 6 April 2009

Pemuda Pas Kaw. Bukit Katil 2009/2011

Pemilihan barisan kepimpinan pemuda PAS kaw. Bukit Katil telah berlangsung di RS Park Hotel pada hari Ahad 5-4-2009 yang lepas. Walaubagaimanapun kehadiran perwakilan agak dingin. Ini menunjukkan satu tugas besar kepada barisan kepimpinan pemuda yang baru dipilih supaya dapat memperkasakan pemuda di peringkat cawangan.
Pemilihan yang berlangsung telah memperlihatkan saudara Puhat bin Bedol telah memenangi jawatan ketua pemuda PAS kaw. Bukit Katil yang baru. turut berjaya memenangi jawatan timbalan ketua pemuda ialah saudara Nazri Arifin.

Salam Untuk Semua

Semoga kehadiran saya dalam dunia blogger ini sedikit sebanyak dapat berubah lanskap pemikiran rakyat di dalam negara kita..
Tulisan saya adalah berdasarkan pandangan peribadi dari kacamata saya sebagai pemuda dan rakyat malaysia yang merdeka serta bersumberkan fakta-fakta yang saya rasa benar dan sahih..
Akhirnya akan lahirlah satu wacana yang lebih segar dan membina untuk kita semua.